Pertama kalinya ku lihat sahabatku leka mendepani komputer sambil ligat jarinya memetik papan kekunci, hairan melihat... ku sapa dengan pandangan, dia hanya leka, reaksi yang lewa.. kiranya sesuatu yang penting digaulinya, sampai kesedarannya hilang, fana' mungkin.. untuk beberapa ketika selepasnya, dia sungguh bercerita, penemuan terbaru, dunia blog.. mungkin kali ini, dia bersikap sedikit terbuka, menulis sesuatu di ruang maya, yang pastinya tidak terlepas dari pandangan khalayak yang melayari... ku tersenyum sendirian, mungkin hobi ini akan menjadi sahabat setianya selepas ini... benarlah ia, tidak leka mengemaskini blog saban hari dan ketika.. aku terpana, terpesona, mungkin boleh jua ku turuti langkahnya.. biarpun sibuk sebenarnya, ku cari senggang masa, meneroka ruang maya percuma, untuk kutulisi sesuatu yang memendam di jiwa, kini dan mungkin selama ini... terlalu banyak tidak terhitung, namun ku pendamkan, dan inilah peluang yang ku nanti, sementelah pula aku manusia yang miskin dengan diari..acapkali awal tahun, ku niatkan untuk memilik sebuah diari, namun sehingga kini, niat itu cuma tinggal ingatan..... cukuplah sekadar ini, buat pertamanya..
Salam untuk semua..
Salam untuk semua..
No comments:
Post a Comment